Total Pageviews

Thursday, 20 February 2014

persoalan akan terlupa akan rukun solat

 SOALAN DARI PETI SOALAN JAKIM(COPY PASTE)

JEMPUTLAH MELAYARI DAN BERTANYA HAL AGAMA PADA LAMAN WEB JAKIM

Soalan

saya ingin bertanya mengenai jika saya tertinggal rukun solat contohnya saya terlupa sujud dan duduk antara dua sujud pada rakaat kedua. bagaimana saya boleh menggantikan rukun itu jika saya teringat pada rakaat yang lain atau saya perlu solat semula?harap dapat menyelesaikan masalah ini

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, rakaat yang anda rasakan tertinggal untuk melakukan sujud dan duduk di antara dua sujud adalah tidak dikira atau terbatal dan ia perlu digantikan dengan melakukan semula rakaat tersebut.
Ringkasnya, anda tidak perlu untuk bersolat semula. Sebaik sahaja anda menyedari tertinggal dua rukun tersebut (masih di dalam solat), anda hanya perlu jadikan rakaat yang sedang anda lakukan ini sebagai rakaat tersebut dan teruskan solat sehingga memberi salam.
Selain itu, anda dinasihatkan supaya memohon doa agar solat yang akan anda kerjakan tidak diganggu oleh benda-benda yang boleh menyebabkan hati anda menjadi lalai dan was was semasa di dalam solat. Antara doa yang dicadangkan ialah dengan membaca Surah al-Nas pada setiap kali sebelum bertakbir untuk memulakan solat. Wallahu 'alam

No comments:

Post a Comment